Kejayaan francais Harry Poter telah membawa ke suatu set setem yang telah diedarkan oleh Royal Mail, yang mencirikan kulit ketujuh-tujuh buku Harry Potter. |
|
Pengarang:
|
|
Negara:
|
|
Bahasa:
|
|
Genre:
|
|
Penerbit:
|
|
Tarikh terbitan:
|
|
Jenis media:
|
Keluaran Kulit
Keras & Kulit Lembut dan
Buku Audio |
Harry Potter merupakan nama watak yang menjadi tajuk utama buku-buku ciptaan J. K. Rowling dan filem yang berdasarkan kepada siri novel ini. Novel pertamanya, Harry Potter and the Philosopher's Stone, diedarkan pada 1997, namun ceritanya diplotkan terjadi pada tahun hujung abad ke-20.
Di sebalik Harry Potter
Idea
Harry Potter tercetus di fikiran J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen
Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990.
Pada waktu itu, beliau baru putus cinta dengan bekas suaminya dan mengambil
inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau
telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya
plot yang lengkap untuk ceritanya itu.
Sebelum
wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan
kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih
lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk
meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat
penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan
bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya
lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah
kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan terpengaruh di dunia.
Kini,
siri Harry Potter merupakan telah menjadi salah satu siri novel terlaris di
dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.
Ringkasan
Kisahnya
mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang
mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir
pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah
Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian
menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dari situ,
kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh
buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun.
Hingga
kini sudah ada enam buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the
Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir
pada jilid ke-7.
Siri
ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, 5 buku
pertama telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.
Anugerah
J.K.
Rowling dan siri Harry Potter telah menerima pelbagai anugerah sejak penerbitan
pertamanya iaitu Philosopher's Stone termasuk empat Anugerah
"Whitaker Platinum Book" (semuanya dianugerahkan pada 2001), tiga
"Nestlé Smarties Book Prize" (1997-1999), dua Anugerah Buku Majlis
Seni Scotland (1999 dan 2001), satu Anugerah buku kanak-kanak tahunan
Whitbread, (1999), Buku WHSmith bagi tahun 2006, dan lain lagi. Pada 2000 Harry Potter and
the Prisoner of Azkaban telah dicalonkan bagi Novel Terbaik untuk
Anugerah Hugo manakala pada tahun 2001, Harry Potter and
the Goblet of Fire memenanginya pula. Penghormatan yang diterima
termasuklan pujian bagi Pingat Carnegie (1997), disenarai pendekkan bagu
Anugerah Guardian Children (1998), dan beberapa buku pilihan, pilihan
penyunyting dan senarai buku terbaik di Persatuan Perpustakaan Amerika, Chicago
Public Library, dan Publishers Weekly.
Kejayaan komersil
Kepopularan
Harry Potter telah diterjemahkan kepada kejayaan kewangan Rowling,
penerbitnya serta mana-mana pemegang lesen yang berkaitan dengan Harry
Potter. Bukunya telah terjual melebihi 325 juta naskhah seluruh dunia dan
juga membawakan lonjakan kepada filem adaptasi populat yang diterbitkan oleh Warner Bros., dan semuanya berjaya dengan hasil yang
tersendiri sejak yang pertama lagi iaitu, Harry Potter and the Philosopher's
Stone, yang menduduki senarai keempat senarai keuntungan filem tertinggi
sepanjang masa dan tiga lagi filem Harry Potter menguasai 20 tempat
teratas. Filemnya pula telah ditukarkan menjadi lima permainan video dan dengan
itu memulakan perlesenan lebih 400 produk tambahan Harry Potter (termasuk iPod)
yang, hingga Julai 2005, membuatkan jenama Harry Potter bernilai lebih 4 bilion
dolar dan J.K. Rowling merupakan jutawan dolar AS, membuatkannya, menurut sesetengah laporan, lebih
kaya daripada Ratu Elizabeth II.
Pada
12 April 2007, Barnes & Noble
mengumukan yang Deathly Hallows memecah rekod tempahan melebihi 500,000
salinan ditempah melalui lamannya.
Penceritaan
Novel
ini lebih kepada genre sastera khayalan. Walau bagaimanapun, dalam panyak
perkara, ia juga adalah Bildungsroman, novel pendidikan, yang berkisar di Sekolah Sihir Hogwarts, sebuah sekolah berasrama penuh British
bagi ahli sihir, yang kurikulumnya merangkumi sihir dan kuasa ajaib. Dalam hal
ini, ia seolah-olah mengikut cara Tom Brown's School Days oleh Thomas
Hughes dan novel lain dari era Victorian dan Edwardian berkenaan kehidupan di
sekolah awam British.
Ia
juga, seperti yang dikatakan Stephen King, "sebuah kisah misteri
yang bijak", dan setiap buku dikarang seperti gaya misteri Sherlock Holmes; iaitu buku-buku meninggalkan pembayang yang
tersembunyi dalam setiap karangan manakala watak-watak mengecam beberapa suspek
di pelbagai lokasi yang membawa kepada penamatan yang berlawanan dari apa yang
difikirkan watak. Cerita tersebut diceritakan dari sudut pandangan orang ketiga
yang terhad pengetahuannya; dengan beberapa pengecualian, seperti bab pembukaan
Harry Potter dalam Piala Api,
pembaca mengetahui rahsia cerita pada masa yang sama dengan Harry. Pemikiran
dan rancangan watak lain, walaupun menonjol seperti Hermione dan Ron, adalah
tersembunyi hinggalah terdedah dan diketahui oleh Harry sendiri.
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Buku
siri ini cenderung mengikut rumus berikut yang ditetapkan berlaku sepanjang
tahun dan berturutan. Ia boleh dibahagi kepada 6 bahagian:
1.
Musim panas di rumah Keluarga Dursley: Harry
menghabiskan kebanyakan masa cuti sekolah musim panasnya dengan keluarga
Dursley, dalam dunia Muggle, menahan siksaan yang diterima.
Bahagian ini berakhir dengan Harry pergi ke lokasi lain.
2.
Penghujung musim panas - Sebelum sekolah bermula pada musim luruh: Harry akan ke Diagon Alley, The Burrow atau Nombor Dua Belas,Grimmauld
Place. Ia berakhir dengan bertolaknya Harry ke sekolah dengan
menaiki kereta api sekolah di
Platform 9 3/4.
3.
Sesi persekolahan baru: Watak baru atau watak yang ditampiplkan semula
mengambil tempat, dan Harry melalui hal-hal persekolahan baru seperti esei yang
menyukarkan, pertemuan yang kekok dan guru yang tidak bertimbang rasa; perkara
ini lazimnya tamat sekitar Halloween.
4.
Konflik timbul: Harry dan rakannya mula merasakan sesuatu yang pelik dan tidak
betul berlaku dan mula bertindak balas.
5.
Kemuncak atau klimaks: Harry dan rakannya menemui seuatu yang penting, dan mula
meluru ke tempat-tempat tertentu bagi konflik yang besar, melibatkan pertarungan
melawan watak jahat. Hal ini sering berlaku berhampiran atau selepas
peperiksaan akhir.
6.
Kesan peristiwa: Harry mula pulih setelah tamat pertarungan dan mendapati
pengajaran yang tertentu melalui pendedahan dan penjelasan oleh Albus Dumbledore. Ia berakhir dengan Harry menaiki Ekspres Hogwarts dan mula menuju ke rumah dengan keluarga
Dursley.
Buku Harry Potter
Berikut
adalah judul versi bahasa Inggeris dan judul bahasa Melayu dalam kurungan.
- Harry Potter and the Philosopher's Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat; ISBN 979-655-851-3)
- Harry Potter and the Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia; ISBN 979-655-852-1)
- Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban; ISBN 979-655-853-x)
- Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api; ISBN 979-655-854-8)
- Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix; ISBN 979-22-0652-3)
- Harry Potter and the Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan; ISBN 983-00-2594-2)
- Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut; ISBN 983-00-3303-1 )
Di
Malaysia, buku-buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbitan Pelangi.
- Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
- Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
- Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
- Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
- Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
- Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
- Harry Potter and the Deathly Hallows(2010)
Taman Tema
Pada
31 Mei 2007, Warner Brothers, Universal Studios dan Leavesden Studios
mengumukan yang satu kawasan Harry Potter akan dibina di Orlando, Florida di Universal Orlando's Islands of
Adventure. Pengumuman tersbeut menyatakan "The Wizarding World of Harry Potter" sebagai
"persekitaran bertemakan Harry Potter yang pertama di dunia." Menurut
sidang akhbar Warner Bros., bahagian tersebut "Dijangka siap penghujung
2009. Persekitaran tersebut akan mengandungi perlbagai tarikan menarik begitu
juga kedai dan restoran yang memberikan pengunjung menikmati keadaan di dunia
sihir Harry Potter. Juga turut menghiasi tarikan tersebut adalah keajaiban,
watak dan cerita Harry Potter akan dihidupkan dalam keadaan yang tidak pernah
dirasakan pengunjung."
Dalam pengumuman internet dinyatakan yang rancangan tersebut telahpun mengambil
masa setahun setengah dengan sumbangan daripada J.K. Rowling dan Stuart Craig
Batu Hikmat
|
|||
Bilik Rahsia
|
|||
Banduan Azkaban
|
|||
Piala Api
|
|||
Kumpulan Phoenix
|
|||
Putera Berdarah Kacukan
|
|||
Azimat Maut
|
(filem)
|
||
Kritikan,
pujian dan kontroversi
Buku-buku
Harry Potter telah menjadi sasaran sejumlah tindakan undang-undang, sebahagian
besarnya berpunca daripada dakwaan-dakwaan oleh kumpulan-kumpulan keagamaan
Amerika bahawa sihir dalam buku-buku tersebut menggalakkan amalan ilmu hitam di
kalangan kanak-kanak, atau berasal daripada pelbagai konflik mengenai
pelanggaran hakcipta dan cap perdagangan.
Populariti
meluas dan nilai pasaran tinggi buku-buku tersebut telah menyebabkan Rowling,
pihak penerbit dan pengedar filem Warner Bros. mengambil langkah-langkah
perundangan untuk melindungi hakcipta mereka yang membabitkan larangan menjual
barangan tiruan Harry Potter, pantauan terhadap pemilik-pemilik laman web
mengenai nama domain "Harry Potter", dan pemfailan tindakan
undang-undang terhadap Nancy Stouffer bagi menghadapi tuduhan beliau bahawa
Rowling telah menciplak hasil karyanya.
Banyak
pihak konservatif agama mendakwa bahawa buku-buku tersebut menggalakkan amalan
ilmu hitam dan oleh sebab itu tidak sesuai untuk kanak-kanak, manakala
sebilangan kritikan telah mengecam buku-buku tersebut kerana mempromosikan
agenda-agenda politik.